Sunday 19 January 2014

Maulidur Rasul 1435 H peringkat sekolah

Salam Maulidur Rasul..

Guru - guru sekolah SKPP(P) mengucapkan salam maulidur Rasul kepada semua murid SKPP(P) dan menjadikan Rasullulah sebagai role model dalam kehidupan seharian. Sentiasa membasahi bibir dengan berselawat ke atas baginda. SKPP(P) telah mengadakan satu program yang mana bermulanya tarikh kelahiran baginda 12 Rabiulawal warga sekolah akan berselawat pada setiap pagi bermula jam 7.30 pagi hingga 7.40 pagi yang diketuai oleh Ustaz Azhar b Ahmad. Semua guru diwajibkan hadir untuk mengalunkan selawat ke atas baginda.


Sunday 29 December 2013

Pendaftaran Tahun 1 & Pra 2014

29 Disember 2013 , Hari ahad Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh ( P) telah mengadakan satu program iaitu sesi pendaftaran bagi tahun 1 & PRA  2014. Ramai ibubapa  yang datang untuk mendaftar anak-anak mereka ke sekolah ini. Selepas sesi pendaftaran , ibubapa diminta berkumpul di dewan untuk sesi taklimat Transisi yang disampaikan oleh Pn Tg Rahaya dan taklimat KSSR dan PBS yang disampaikan oleh Pn NIk Rasinah . Program ini telah dirasmikan oleh Puan Rahimah bt Mamat selaku Guru Besar SKPP(P) . Beliau juga berharap supaya ibu bapa mempercayai dan meamanahkan anak-anak mereka kepada guru-guru.Program ini telah berakhir pada jan 10.30 pagi.

Sunday 17 November 2013

Keputusan UPSR SKPP(p) 2013

14 November 2013 , keputusan UPSR telah diumumkan . Alhamdullilah 5 daripada 56 orang telah mendapat 5A dan 7 orang telah mendapat 4A 1B . Tahniah dari kami guru-guru dan warga SKPP(p).
Bagi yang tidak berjaya jangan berputus asa. Masa anda masih panjang dan teruskan perjuangan.




Tuesday 12 November 2013

Majlis Anugerah , Penyampaian Hadiah & Graduasi Pra Sekolah

6 November 2013 bersamaan 2 Muharram 1435 H , SK PP(p) telah mengadakan Majlis Anugerah , Penyampaian Hadiah & Graduasi Pra Sekolah di Dewan Wawasan Puteri SKPP(p) , yang telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah PPD Pasir Puteh , Tuan Haji Haron bin Yusof , Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh , Encik Hashim Bin Ismail dan ibu bapa pelajar.

Majlis ini telah dirasmikan oleh  Timbalan Pengarah PPD Pasir Puteh Tuan Haji Haron bin Yusof dan berakhir dengan tarian murid Pra Sekolah.

Majlis bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.






banyak lagi gambar di https://www.facebook.com/skpasirputehperempuan




Wednesday 30 October 2013

Majlis Jasamu Dikenang - Pn Hjh Hasni Bt Ishak ( PK Pentadbiran )

Tanggal 31 oktober 2013 , Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh ( P ) telah mengadakan majlis jasamu dikenang untuk Puan Hjh Hasni Bt Ishak ( PK Pentadbiran ) telah menamatkan tugas beliau selaku guru di sekolah ini. Keperibadian beliau sangat disenangi oleh warga sekolah. Pemergian beliau sangat dirasai oleh warga sekolah.

 Banyak lagi gambar di https://www.facebook/skpasirputehperempuan


Tuesday 29 October 2013

Program Pemantapan Penggunaan SKPM 2010 KPM

Hari Selasa , 29 oktober 2013 Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh ( p ) telah dikunjungi oleh Jemaah Nazir peringkat Kelantan . Kunjungan mereka bertujuan untuk memberi taklimat tentang Program Pemantapan Penggunaan SKPM 2010 ( ProPPS) kepada ahli jawatan kuasa SKPM dan semua guru SKPP(p). Taklimat ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah  hari untuk ajk SKPM sekolah dan 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang untuk guru-guru sekolah.


Monday 21 October 2013

Taklimat PBPPP

Pada 14 oktober 2013 , En Yasmi Saberi bin Yasim telah memberi taklimat PBPPP ( Penilaian Bersepadu Pegawai Pekhidmatan Pendidikan ) kepada semua guru SK PPP di Bilik Gerakan sekolah. Banyak input yang telah diberi oleh beliau kepada guru-guru terutamanya mengenai kriteria guru cemerlang dan cara penilaian prestasi terhadap guru.